Saturday, October 26, 2013

Semarak Ngap Sayot

Petra Jaya: Sambutan hari lahir tiga pemain Sarawak pada bulan ini menyemarakkan lagi semangat Ngap Sayot apabila berazam mahu memberi kejutan untuk penyokong setia ketika menentang Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, malam ini.
Trio Ngap Sayot membabitkan Zambri Morshidi yang beraksi sebagai penyerang, Mohd Hairol Mokhtar (pertahanan) dan Mohammad Shahrol Saperi (tengah) sepakat mahu menceriakan sambutan itu di depan lebih 20,000 penyokong setia sekali gus menamatkan penantian 14 tahun untuk mara ke final.
“Kami turun bukan sekadar buat kami bertiga yang baru menyambut hari jadi, tapi untuk semua penyokong Sarawak. Kami sudah lama menanti saat seperti ini.

“Ulang tahun kali ini amat bermakna sekiranya dapat menundukkan Pahang dan mara ke final. Sokongan penyokong setia akan menjadi penyuntik semangat kami,” kata Zambri, 30.
Hairol, 29, berkata rakan sepasukannya memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk menyekat hasrat Pahang yang mendahului 3-1 pada separuh akhir pertama Sabtu lalu.
“Kami tidak boleh lagi melakukan kesilapan. Kami tidak merasai tekanan beraksi di depan ribuan penonton kerana semangat kami adalah mahu menundukkan Pahang.

“Kami tidak akan memberi laluan mudah kepada Pahang dan sebagai pemain beraksi di benteng kedua terakhir, saya akan memberi komitmen tinggi untuk memastikan tiada gol membolosi gawang kami,” katanya.

Nada sama disuarakan Mohammad Shahrol, 29, yang menjaringkan gol tunggal ketika menentang Pahang sambil melaungkan amaran rakan sepasukannya memiliki motivasi tinggi kali ini.

“Saya sudah bersedia untuk beraksi walaupun menempuh pelbagai ujian. Kami harus beraksi mati-matian untuk mengatasi defisit lalu dan kelebihan kini berpihak kepada kami.

“Kami mempunyai suara penyokong dan ini sebahagian daripada suntikan untuk semua pemain memberikan sesuatu bukan saja pasukan tapi seluruh rakyat negeri ini.” katanya.

Impian makbul

Putrajaya: Selepas setahun mengikat pertunangan akhirnya pelakon jelita, Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 selamat dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, tepat jam 9.30 malam di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, di sini, malam tadi.
Hanya sekali lafaz, Mohd Habib yang juga pensyarah di UiTM Merbok, Kedah sah menjadi suami Diana. Pasangan itu dinikahkan jurunikah Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Ustaz Hazaruddin Baharuddin dengan berwali bapa pengantin perempuan Amir Hashim Mohd Kassim.

Pada majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah itu, Diana menerima tiga dulang hantaran merangkumi senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin, RM1,000.

Diana yang ditemui media selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan yang diadakan mengikut konsep Islam itu berlangsung dengan lancar.
DIANA dan Mohd Habib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.

“Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan yang dirancang secara sederhana ini berlangsung dengan lancar dan di hadiri tetamu pada kalangan keluarga, kenalan rapat dan rakan media.

Piya tutup ruang ATM

DUA jaringan lewat perlawanan menerusi Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Badhri Radzi atau Piya memastikan juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan melangkah ke pentas final selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi agregat 4-3 pada aksi separuh akhir kedua, di Kota Bharu, malam tadi.
Nyata gelanggang keramat The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV mencetuskan masalah besar buat ATM yang terpaksa akur dengan kebangkitan tuan rumah pada lewat perlawanan untuk mengikat kedudukan 2-2
ATM tewas 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Kelantan kini menanti pemenang antara Pahang dan Sarawak yang membuat perhitungan dalam satu lagi aksi separuh akhir, malam ini. 
MOHD Badri Radzi (Piya) memberi kasut yang di pakai kepada peminat selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV

Penyerang import pelawat dari Saint Vincent and The Grenadines, Marlon Alex James jelas menjadi kunci utama kebangkitan peringkat awal The Gladiators apabila meledak dua jaringan pada babak pertama walaupun berpeluang melebarkan lagi jaringan dengan beberapa lagi peluang diperolehnya.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang namun ATM lebih menyerlah apabila mempamerkan aksi lebih disiplin terutamanya ketika Kelantan menyerang kubu mereka dan Dickson Nwakaeme jelas gagal memainkan peranannya dalam 45 minit pertama kerana dikawal rapi pertahanan lawan yang dikemudi Norfadzly Alias dan Mohd Shukor Adan.

Situasi sebaliknya dialami James apabila dilihat bebas berkeliaran di kotak penalti tuan rumah terutamanya dengan kerapuhan gandingan Obinna Nwaneri dan Azizi Matt Rose yang gagal mengekang penyerang import itu membuka jaringan pada minit ke-17 dan 35.

Bersambung babak kedua, Kelantan cuba mencari gol untuk menyamakan agregat dengan peluang terbaik hadir menerusi tandukan Nwakaeme hasil hantaran Piya, namun percubaan itu sekadar menggegar palang pada minit ke-65 sehinggalah perlawanan memasuki 10 minit terakhir dengan pemain gantian, Fakri memulakan kebangkitan Kelantan menerusi rembatan kencang untuk menggegar gawang Mohd Farizal Harun pada minit ke-81.

Jaringan berkenaan nyata menghidupkan kembali suasana stadium yang dibanjiri kira-kira 20,000 penyokong dan Piya sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila merembat hantaran pemain pertahanan Zairul Fitrie Ishak untuk memastikan keputusan seri 2-2, di Kota Bharu bagi membolehkan mereka menang dengan agregat 4-3.


20,000 penyokong rebut 10,000 tiket

Petra Jaya: Hari terakhir penjualan tiket, semalam menyaksikan kehadiran penonton ke Stadium Negeri untuk mendapatkan 10,000 tiket ditawarkan meningkat sekali ganda sehingga mencetuskan beberapa insiden termasuk lima penyokong pengsan.
Penjualan tiket perlawanan antara Sarawak menentang Pahang menyebabkan pekarangan stadium semakin hangat apabila diserbu lebih 20,000 penyokong Ngap Sayot selepas gagal memperoleh tiket sejak kelmarin, sehingga menyebabkan beberapa insiden tercetus.
Ribuan mereka terpaksa basah kuyup berikutan hujan namun kebanyakan pulang hampa apabila 10,000 dijual habis dalam tempoh dua jam.

Walaupun dimaklumkan tiket sudah habis, namun ratusan penyokong tidak berganjak dari stadium berkenaan dengan harapan ada tiket untuk mereka menyaksikan perlawanan penting itu. 
RIBUAN penyokong Sarawak sanggup datang seawal jam 5 pagi bagi mendapatkan tiket perlawanan Piala Malaysia separuh akhir kedua di antara Sarawak menentang Pahang, hari ini.

Seorang penyokong Sarawak, Junaidi Hafis, 43, berkata dia datang dari Cheras, Kuala Lumpur, turut melahirkan rasa kecewa apabila tidak sempat mendapatkan tiket.

“Saya dan rakan sanggup mengambil cuti untuk datang ke sini (Kuching) semata-mata mahu menyaksikan perlawanan separuh akhir.

“Bagaimanapun, sebaik tiba seawal jam 7 pagi, kami sudah menjangka perkara itu apabila terdengar khabar angin mengatakan jualan tiket itu terhad,” katanya.

Bagi Dimitris Basias, 28, dari Gras, Itali, yang datang sejak semalam untuk menyaksikan perlawanan itu berkata, dia kecewa kerana tidak sempat membeli tiket.

“Selain melancong, saya sememangnya berhajat menyaksikan perlawanan itu secara langsung di sini. Namun, semangat berkobar itu hanya sia-sia kerana dalam sekelip mata, tiket sudah habis dijual.” katanya.

Tuesday, October 22, 2013

Perempuan Sabah Seksi Gaduh Dalam Semak

Jika semalam kami ada siarkan video tiga remaja perempuan bergaduh sampai salah seorangnya pengsan, hari ini sebuah lagi video perempuan bergaduh tersebar di laman sosial.
Video berdurasi 3:24 minit yang dipercayai dirakamkan di Penampang, Sabah ini menyaksikan dua gadis seksi bergomol dalam semak.
Memang ganas habis sampaikan salah seorang yang menjadi ‘lauk’ dalam rakaman ini terpaksa melaungkan ‘Allahukbar’ dan meminta tolong sekuat hati, barangkali kerana terlalu takut melihat kawan gaduhnya dah macam naik hantu.
Jika didengar pada perbualan mereka, punca kelahi dipercayai disebabkan oleh ‘mulut’ salah seorang daripadanya.
Apa yang kelakar setelah berjaya menumbangkan lawannya, gadis yang dikira pemenang dalam video ini baru sedar ada semut di telinga dan pahanya.
Tapi tak kiralah walau apa pun punca pergaduhan ini, kami tak fikir ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Apatah lagi bagi kaum hawa, sebab buruk benar bila menengoknya.
Kalaulah bakal bini macam ini perangainya, sah-sah kena pangkah awal-awal lagi!




Apabila orang asli tak reti guna lif di Hospital KL…

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, berlaku satu insiden yang agak melucukan tetapi cemas sebenarnya apabila seorang lelaki dikesan berada di luar tingkap  tandas di tingkat 3, Hospital Kuala Lumpur.
Yang sebenarnya dia bukan kerana hendak bunuh diri tetapi kerana tidak tahu bagaimana hendak turun ke tingkat bawah HKL dengan menggunakan lif.
Lelaki dari keturunan Asli itu berada di HKL kerana menemani isterinya yang hendak bersalin.
Sewaktu tiba, dia dan isterinya dibawa naik ke wad dengan menggunakan lif tetapi selepas isterinya dibawa masuk ke bilik bersalin, dia pun hendak pulang ke rumah.
Masalah besar terjadi kerana dia tidak tahu cara menggunakan lif untuk turun, akhirnya dia cuba hendak turun melalui tingkap.
Jika dikenang semula detik kejadian, suasana kelihatan agak cemas kerana lelaki berkenaan dilihat kurang memberi kerjasama kepada bomba, mungkin sebab terlalu cuak apatah lagi dia cuma memakai kain.
Tapi bila diceritakan semula sekarang, pasti inilah antara nostalgia manis untuk dikenang oleh anggota bomba yang terlibat menyelamatkan lelaki ini.
Harap-harap tiada orang asli yang terasa dengan siaran video ini memandangkan ia cuma rakaman lama dan umum pun tahu, masyarakat orang asli pada hari ini sudah jauh lebih maju.
Yang lebih penting, dia berjaya diselamatkan oleh abang-abang bomba kita yang ternyata bertindak profesional menangani insiden yang cukup mencemaskan itu. 


Gambar Menarik Neelofa Bercuti Di Maldives

Oh Maldives. Tempat yang sungguh indah. Mereka yang pernah melawatinya mengatakan keindahan Maldives seumpama syurga dunia. Bilakah masanya Admin akan menjejakkan kaki ke sana? Jeles pula melihat Neelofa bersantai dengan penuh ketenangan mendengar deruan ombak. Mesti seronok!!!

Tengok air laut yang kehijauan tue pun dah buat admin teruja. Rasa nak beli tiket terus terbang ke Maldives bersama keluarga tercinta. Suatu hari nanti pasti Admin akan tiba jua. Nak tiru gaya posing Neelofa nanti. Tengok siapa yang lebih cute. Hehehe


Semoga Neelofa menikmati percutiannya di Maldives. Enjoy puas-puas. Rilekskan badan. Tenangkan fikiran. Balik Malaysia nanti pastikan lebih ceria dan bertenaga. Lagi beberapa keping gambar Neelofa di Maldives dengan membaca artikel ini sepenuhnya.