Sejak muncul kembali dari persembunyian baru-baru ini, khabarnya
ramai penerbit drama yang mula mengintai Shahir dan menawarkannya
peluang untuk berlakon semula.
Jika melihat kepada lakonan Shahir dalam filem Karak dan telefilem
Cerciter Citer pada tahun 2011, OHBULAN! berpendapat juara Akademi
Fantasia musim kelapan ini sebenarnya mempunyai bakat terpendam.
Mungkin disebabkan itu jugalah, sebuah syarikat produksi dikenali
sebagai Zeel Production telah membuat keputusan untuk mengambil Shahir
berlakon di samping Izreen Azminda dalam drama terbaru mereka.
Drama adaptasi novel yang berjudul Yes, Boss! itu difahamkan akan menemui penonton pada Januari 2014 untuk siaran TV3.
Berita ini telah dikongsikan oleh pihak produksi sendiri menerusi
Twitter beberapa hari lalu. Dan melalui promosi yang dijalankan, dapat
dilihat Shahir bakal memegang watak utama di dalam drama berkenaan.
Tak mustahil Yes, Boss! akan membuatkan ramai penonton jatuh cinta
dengan watak yang dibawakan Shahir sekaligus melonjakkan namanya semula
di dalam industri hiburan. Almaklumlah, karya adaptasi novel kini sudah
semakin mendapat tempat di hati penonton.
No comments:
Post a Comment