Selamat Hari Raya Aidiladha Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca
BeautifulNara. Pastinya raya kali ini lebih bermakna buat Raja Azmi yang
telah pun selamat bergelar isteri kepada Eddie CRK dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan telah berlangsung semalam di Laman Beringin, Istana
Budaya.
Raja Azmi, 54, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala wang
hantaran dirahsiakan jumlahnya. Rombongan lelaki membawa satu dulang
hantaran mengandungi senaskah Al Quran, mas kahwin dan gelang tangan
emas putih. Manakala pihak perempuan membalas tiga dulang hantaran
berupa manis-manisan seperti cokelat, biskut dan jeli.
Semoga berbahagia diucapkan kepada Raja Azmi dan Eddie CRK. Selamat
melayari bahtera rumahtangga. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan
mereka. Beberapa lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment