Saturday, October 26, 2013

Impian makbul

Putrajaya: Selepas setahun mengikat pertunangan akhirnya pelakon jelita, Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 selamat dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, tepat jam 9.30 malam di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, di sini, malam tadi.
Hanya sekali lafaz, Mohd Habib yang juga pensyarah di UiTM Merbok, Kedah sah menjadi suami Diana. Pasangan itu dinikahkan jurunikah Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Ustaz Hazaruddin Baharuddin dengan berwali bapa pengantin perempuan Amir Hashim Mohd Kassim.

Pada majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah itu, Diana menerima tiga dulang hantaran merangkumi senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin, RM1,000.

Diana yang ditemui media selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan yang diadakan mengikut konsep Islam itu berlangsung dengan lancar.
DIANA dan Mohd Habib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.

“Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan yang dirancang secara sederhana ini berlangsung dengan lancar dan di hadiri tetamu pada kalangan keluarga, kenalan rapat dan rakan media.

No comments:

Post a Comment