“Sultan” Sulu Jamalul Kiram III yang mendalangi
pencerobohan pengganas di Lahad Datu awal tahun ini, meninggal dunia
awal pagi tadi, menurut anak perempuannya.
Jacel Kiram-Hassan memberitahu sebuah stesen radio Filipina bahawa
bapanya mati setelah menghidapi sakit buah pinggang sekian lama. Menurut beliau Jamalul meninggal dunia pada kira-kira pukul empat pagi di sebuah hospital.
“Terima kasih di atas doa dan sokongan anda,” kata Jacel dalam laman Facebooknya.
Kiram, 75 tahun, dilaporkan menjalani rawatan di Pusat Jantung
Filipina sejak Khamis lalu. Jenazahnya akan dibawa Jolo, Sulu untuk
pengkebumian.
Beliau mempunyai sembilan anak termasuk Jacel yang kerap menjadi jurucakap ayahnya ketika krisis Lahad Datu tercetus.
Malah Jacel membayangkan bahawa perjuangan ayahnya menuntut Sabah akan diteruskan.
“Perjuangan ayah saya ditinggalkan untuk kami sebagai anak-anaknya
untuk diteruskan. Beliau seorang yang baik, seorang insan agong yang
mahukan Sabah dikembali kepada rakyat Filipina. Kami akan meneruskan
perjuangan itu,” Jacel memberitahu radio DZIQ.
Pada Mac lalu, kira-kira 200 penyokong bersenjata Kiram menceroboh
Kampong Tanduo di Lahad Datu dalam cubaan untuk merampas Sabah daripada
Malaysia.
Kumpulan bersenjata itu yang diketuai oleh adik Kiram, Agbimuddin,
enggan menyerah diri, sekali gus memaksa tentera dan polis Malaysia
melancarkan serangan udara dan darat.
Enam puluh lapan orang terkorban dalam pertempuran termasuk sembilan
prajurit dan anggota polis serta enam orang awam, menurut sumber Antara
pos.
Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, namun negeri yang kaya
dengan sumber asli itu dituntut oleh Manila dan Kesultanan Sulu.
Tuntutan itu kerap diungkit oleh media Filipina apabila melaporkan
mengenai hubungan Kuala Lumpur dan Manila.
mampos pon pembunuh ni!!!
ReplyDelete