Monday, October 21, 2013

Hina Sultan Johor Juruukur Didenda

JOHOR BAHRU – Seorang juruukur bahan di sebuah syarikat pembinaan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menulis komen menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook pada Oktober tahun lepas.
Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28, yang berasal dari Klang, Selangor, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Dia didakwa membuat komen yang jelik dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371 menggunakan nama profil ‘Zul Yahya’.
Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di RD Resources Sdn. Bhd., 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur, pukul 6 petang pada 10 Oktober 2012, menurut sumber Kosmo.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit

No comments:

Post a Comment