Sunday, October 20, 2013

Pilih ikut jalan sendiri

Pembabitan adik-beradik di pentas lakonan bukan perkara baru dalam dunia hiburan tanah air. Generasi demi generasi, kemunculan pelakon adik-beradik ternyata menjadi dan memberikan impak tersendiri.
Nama-nama seperti seniwati Allahyarham Saloma dan Mariani, Erma Fatima dan Umie Aida, Fauziah dan Fazlina Ahmad Daud, Emma, Chacha dan Yaya Maembong serta Nelydia dan Uqasha Senrose serta ramai lagi sudah sebati dengan arena hiburan tempatan.
Kini, tiba pula giliran Syatilla dan Syifa Melvin mengintai ruang untuk menyinar dalam arena hiburan.

Walaupun masih baru, dua gadis berdarah kacukan Jepun dan Melayu ini percaya mereka mampu bersaing secara sihat dengan pelakon-pelakon sedia ada.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 22, berkata, sebagai pendatang baru dia hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas rezeki dimiliki setakat ini.

“Alhamdulillah, rezeki saya murah dan tidak putus daripada satu tawaran beralih kepada satu tawaran lain secara konsisten.

“Untuk orang baru yang tidak sampai dua tahun bertapak, saya amat bertuah dan bersyukur atas peluang dan perhatian para penggiat pada bakat saya,” katanya ketika sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini.

Malah, bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2010 dan kakak kepada Syifa ini berkata, jadual seninya sudah padat sehingga Januari tahun depan biarpun namanya belum gah seperti pelakon-pelakon baru lain.

“Mungkin sudah rezeki untuk saya. Kalau ikutkan nama dan populariti saya tidak besar mana pun. Malah saya masih bertatih dan belum dikenali ramai.

“Tapi syukur kerja saya mendapat kepercayaan ramai penerbit sehingga menarik minat mereka mencuba saya. Setakat ini saya sudah berlakon di pelbagai saluran televisyen,” katanya yang kini menjalani penggambaran drama bersiri 15 episod berjudul Istidraj Cinta arahan Murali Abdullah.

Beralih topik menyusuri sisi peribadi Syatilla, anak kedua dalam keluarga ini mengakui dirinya lebih selesa dengan kehidupan solo dilalui sekarang.

Tanpa perlu dikaitkan lagi dengan aktor Shaheizy Sam yang didakwa pernah ‘singgah’ sebelum ini, Syatila berkata, status semasa membuatkan dia lebih bebas.

“Saya selesa dengan keadaan sekarang (solo) sebab lebih bebas buat apa saja. Tak payah lagi nak runsing mengenai perkara (hubungan) yang membebankan fikiran.

“Saya penat dan tertekan bercakap benda yang sama berulang kali sebelum ini. Bila solo begini, lebih mudah untuk fokus sepenuhnya pada kerja,” kata­nya.

Sambungnya, dia juga enggan memikirkan soal teman istimewa lagi kerana memulakan sesuatu hubungan baru bukan perkara mudah, biar ramai mencuba nasib.

“Tipulah kalau saya kata tidak ada (lelaki) yang cuba rapat, tapi belum ada yang betul-betul menepati kriteria.

“Bukan apa, saya jenis yang susah untuk buka hati menerima orang baru semudah itu. Kena ambil masa dan pertimbangan mendalam.

“Lagi pun, buat apalah saya hendak runsingkan soal kekasih sebab masih terlalu muda. Kerjaya lebih penting dan perlu diutamakan sekarang,” katanya.
 Enggan tumpang nama kakak

Jika Syatilla makin deras mengorak langkah ke depan, adiknya Syifa Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 19, pula mencongak nasib untuk menyusul di belakang.

Pelajar semester empat Diploma Komunikasi Massa di Segi University College ini berkata, dia masih mencari peluang untuk membuktikan bakat terpendam dalam cabang ini.

“Banyak juga sebenarnya saya hadiri uji bakat lakonan, tapi masih belum ada rezeki. Saya berminat dengan lakonan dan mahu cabar kemampuan diri.

“Kalaulah dapat peluang (lakonan), memang saya nak sangat cuba nasib. Buat masa ini, saya belajar dan aktif memenuhi tawaran peragaan kecil-kecilan dan gadis litar saja,” katanya.

Bagaimanapun, anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, dia enggan mengambil jalan mudah menggunakan nama si kakak untuk membeli kepercayaan industri hiburan.

“Ramai orang cakap kakak sudah naik (nama) senanglah adik pun boleh ikut sekali, tapi itu bukan cara saya. Saya lebih suka berdikari.

“Saya mahu orang nampak saya atas kemampuan sendiri. Biar susah atau rumit pun jalannya, biar ikhtiar dulu bukan ambil jalan mudah,” katanya.

Katanya, atas prinsip itu juga dia berusaha menyertai program pencarian Gadis Muka 2 (GM2) terbitan I Like Entertainment Sdn Bhd beberapa bulan lalu bagi mengukuhkan profil diri.

“Saya menyertai GM2 sebab mahu orang kenal potensi dan bakat. Orang boleh cakap apa saja, tapi saya hargai jika orang bagi peluang uji kemampuan saya dulu.

“Terus-terang saya tak nak langsung dibandingkan dengan kakak. Dari dulu saya tak suka perbandingan apatah lagi untuk orang cakap saya masuk industri sebab tumpang kakak.

“Kakak ada jalannya sendiri dan saya juga mahu menapak dengan cara sendiri walau susah mana sekali pun,” katanya.

Ketika segelintir pihak melihat pertalian darah itu sebagai tiket ekspres membina nama, Syifa pula memilih untuk mencari jalan sendiri.

“Kalau nak jalan pintas untuk popular atau peluang lakonan memang sudah ada tapi untuk apa bergantung harap begitu.

“Saya tak nafikan ia satu kelebihan, tapi bukan pilihan bagi saya. Pencapaian akan jadi lebih manis nanti dengan kerja keras sendiri,” katanya yang berhasrat aktif berlakon mulai tahun depan.

No comments:

Post a Comment