Untuk makluman, Yus Jambu kini sudah pun berusia 37 tahun. Memang dah molek sangatlah tue untuk berkahwin. Bakal isterinya adalah seorang setiausaha dan peragawati separuh masa. Kata Yus
Insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun depan kerana ingin memberi peluang kepada bakal isteri untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah sarjana.
Dia merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat dan berasal dari Taiping, Perak. Mungkin sudah tiba masanya saya untuk berkahwin dan telah jumpa orang yang sesuai. Dia juga faham kerja saya dan mampu menjaga saya kelak sebagai seorang isteri kepada saya.
Saya tertarik kepadanya bukan kerana paras rupa, sebaliknya saya tertarik kerana keperibadiannya yang sesuai dengan diri saya sendiri. Apa yang penting, pada umur saya yang sudah mencecah 37 tahun ini, kefahaman dalam perhubungan adalah sangat penting bagi saya.
Baguslah macam itu. Rupa paras memang bukan segalanya. Nanti dah berumur, berkedut juga muka. Semoga segala perancangan Yus dan bakal isterinya akan berjalan seperti yang dirancang. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat mereka berdua.
No comments:
Post a Comment