Di kala ini, kesemua jemaah haji sedang berada di Arafah untuk
menunaikan salah satu rukun haji. Mizz Nina dan Noh Salleh adalah antara
mereka yang bertuah mendapat jemputan Allah untuk menunaikan haji tahun
ini. Pemergian mereka tidak digembar-gemburkan dan hanya diketahui
menerusi suratkhabar Ahad lalu.
Selain daripada Mizz Nina dan Noh Hujan, antara personaliti lain yang
turut mengerjakan haji tahun ini ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haron
Din dan Malek Noor. Sama-samalah kita doakan agar segala urusan mereka
di sana dipermudahkan dan mendapat haji mabrur.
No comments:
Post a Comment