Pelakon yang lahir daripada pencarian Dewi Remaja 2009/2010, Ramona
Zamzam kini semakin popular menerusi beberapa drama lakonannya, Cinta Jangan Pergi dan Cinta Jannah.
Watak wanita penggoda yang dilakonkan oleh Ramona dilihat berjaya
meninggalkan kesan dalam diri setiap penonton dan watak tersebut sangat
sesuai dengan dirinya yang manja.
Dalam pada itu, baru-baru ini Ramona difahamkan telah terbang ke
Paris bagi meluangkan masa sengganggnya dan sepanjang berada di negara
tersebut, pelakon wanita itu telah sempat berkongsi beberapa foto
menariknya di sana.
Selain Paris, Ramona turut berpeluang melawat Itali dan berkunjung ke San Marco Palace Venice.
Sebagai rujukan, Ramona Zamzam telah mula menceburi bidang lakonan
dan peragaan sejak berusia 12 tahun dan pada ketika itu dia dipilih
sebagai penghias muka depan majalah Bintang Kecil.
Bakat lakonannya semakin menyerlah apabila memasuki usia 17 tahun. Pada ketika itu, Ramona mula berlakon menerusi filem 2 Hati 1 Jiwa, Sitkom Nana Tanjung dan drama bersiri Otai.
No comments:
Post a Comment