Alhamdulillah. Sikap Diana Amir sebegini seharusnya dicontohi oleh para
wanita yang ingin berkahwin kelak. Bukan ingin memuji lebih-lebih, namun
sangat jarang untuk menemui wanita yang hanya mahukan senaskhah
Al-Quran dan cincin pernikahan sahaja sebagai barang hantaran
perkahwinan. Kagum dengan Diana Amir.
Diana Amir dan tunangnya, Habib bakal menamatkan zaman bujang
masing-masing pada hari Jumaat ini. Majlis pernikahan akan dilakukan
secara sederhana sahaja. Kata Diana Amir:-
Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami…. dalam
keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada
bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup
senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami
Di kala keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini, langkah
Diana Amir yang tidak membebankan bakal suaminya sememangnya satu sikap
yang terpuji. Perkahwinan bukan kena berhabis ketika majlis sahaja.
Tempoh yang harus ditempuhi selepas pernikahan itu lebih penting. Apa
pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Diana Amir dan Habib pada
hari Jumaat ini.
No comments:
Post a Comment