Saturday, October 26, 2013

Semarak Ngap Sayot

Petra Jaya: Sambutan hari lahir tiga pemain Sarawak pada bulan ini menyemarakkan lagi semangat Ngap Sayot apabila berazam mahu memberi kejutan untuk penyokong setia ketika menentang Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, malam ini.
Trio Ngap Sayot membabitkan Zambri Morshidi yang beraksi sebagai penyerang, Mohd Hairol Mokhtar (pertahanan) dan Mohammad Shahrol Saperi (tengah) sepakat mahu menceriakan sambutan itu di depan lebih 20,000 penyokong setia sekali gus menamatkan penantian 14 tahun untuk mara ke final.
“Kami turun bukan sekadar buat kami bertiga yang baru menyambut hari jadi, tapi untuk semua penyokong Sarawak. Kami sudah lama menanti saat seperti ini.

“Ulang tahun kali ini amat bermakna sekiranya dapat menundukkan Pahang dan mara ke final. Sokongan penyokong setia akan menjadi penyuntik semangat kami,” kata Zambri, 30.
Hairol, 29, berkata rakan sepasukannya memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk menyekat hasrat Pahang yang mendahului 3-1 pada separuh akhir pertama Sabtu lalu.
“Kami tidak boleh lagi melakukan kesilapan. Kami tidak merasai tekanan beraksi di depan ribuan penonton kerana semangat kami adalah mahu menundukkan Pahang.

“Kami tidak akan memberi laluan mudah kepada Pahang dan sebagai pemain beraksi di benteng kedua terakhir, saya akan memberi komitmen tinggi untuk memastikan tiada gol membolosi gawang kami,” katanya.

Nada sama disuarakan Mohammad Shahrol, 29, yang menjaringkan gol tunggal ketika menentang Pahang sambil melaungkan amaran rakan sepasukannya memiliki motivasi tinggi kali ini.

“Saya sudah bersedia untuk beraksi walaupun menempuh pelbagai ujian. Kami harus beraksi mati-matian untuk mengatasi defisit lalu dan kelebihan kini berpihak kepada kami.

“Kami mempunyai suara penyokong dan ini sebahagian daripada suntikan untuk semua pemain memberikan sesuatu bukan saja pasukan tapi seluruh rakyat negeri ini.” katanya.

Impian makbul

Putrajaya: Selepas setahun mengikat pertunangan akhirnya pelakon jelita, Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 selamat dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, tepat jam 9.30 malam di di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, di sini, malam tadi.
Hanya sekali lafaz, Mohd Habib yang juga pensyarah di UiTM Merbok, Kedah sah menjadi suami Diana. Pasangan itu dinikahkan jurunikah Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Ustaz Hazaruddin Baharuddin dengan berwali bapa pengantin perempuan Amir Hashim Mohd Kassim.

Pada majlis pernikahan yang berlangsung dalam suasana sederhana tetapi meriah itu, Diana menerima tiga dulang hantaran merangkumi senaskah Al-Quran, cincin dan mas kahwin, RM1,000.

Diana yang ditemui media selepas majlis pernikahan itu berkata, dia bersyukur kerana majlis pernikahan yang diadakan mengikut konsep Islam itu berlangsung dengan lancar.
DIANA dan Mohd Habib di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.

“Saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan yang dirancang secara sederhana ini berlangsung dengan lancar dan di hadiri tetamu pada kalangan keluarga, kenalan rapat dan rakan media.

Piya tutup ruang ATM

DUA jaringan lewat perlawanan menerusi Ahmad Fakri Saarani dan Mohd Badhri Radzi atau Piya memastikan juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan melangkah ke pentas final selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi agregat 4-3 pada aksi separuh akhir kedua, di Kota Bharu, malam tadi.
Nyata gelanggang keramat The Red Warriors di Stadium Sultan Muhammad IV mencetuskan masalah besar buat ATM yang terpaksa akur dengan kebangkitan tuan rumah pada lewat perlawanan untuk mengikat kedudukan 2-2
ATM tewas 2-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Kelantan kini menanti pemenang antara Pahang dan Sarawak yang membuat perhitungan dalam satu lagi aksi separuh akhir, malam ini. 
MOHD Badri Radzi (Piya) memberi kasut yang di pakai kepada peminat selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV

Penyerang import pelawat dari Saint Vincent and The Grenadines, Marlon Alex James jelas menjadi kunci utama kebangkitan peringkat awal The Gladiators apabila meledak dua jaringan pada babak pertama walaupun berpeluang melebarkan lagi jaringan dengan beberapa lagi peluang diperolehnya.

Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan menyerang namun ATM lebih menyerlah apabila mempamerkan aksi lebih disiplin terutamanya ketika Kelantan menyerang kubu mereka dan Dickson Nwakaeme jelas gagal memainkan peranannya dalam 45 minit pertama kerana dikawal rapi pertahanan lawan yang dikemudi Norfadzly Alias dan Mohd Shukor Adan.

Situasi sebaliknya dialami James apabila dilihat bebas berkeliaran di kotak penalti tuan rumah terutamanya dengan kerapuhan gandingan Obinna Nwaneri dan Azizi Matt Rose yang gagal mengekang penyerang import itu membuka jaringan pada minit ke-17 dan 35.

Bersambung babak kedua, Kelantan cuba mencari gol untuk menyamakan agregat dengan peluang terbaik hadir menerusi tandukan Nwakaeme hasil hantaran Piya, namun percubaan itu sekadar menggegar palang pada minit ke-65 sehinggalah perlawanan memasuki 10 minit terakhir dengan pemain gantian, Fakri memulakan kebangkitan Kelantan menerusi rembatan kencang untuk menggegar gawang Mohd Farizal Harun pada minit ke-81.

Jaringan berkenaan nyata menghidupkan kembali suasana stadium yang dibanjiri kira-kira 20,000 penyokong dan Piya sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila merembat hantaran pemain pertahanan Zairul Fitrie Ishak untuk memastikan keputusan seri 2-2, di Kota Bharu bagi membolehkan mereka menang dengan agregat 4-3.


20,000 penyokong rebut 10,000 tiket

Petra Jaya: Hari terakhir penjualan tiket, semalam menyaksikan kehadiran penonton ke Stadium Negeri untuk mendapatkan 10,000 tiket ditawarkan meningkat sekali ganda sehingga mencetuskan beberapa insiden termasuk lima penyokong pengsan.
Penjualan tiket perlawanan antara Sarawak menentang Pahang menyebabkan pekarangan stadium semakin hangat apabila diserbu lebih 20,000 penyokong Ngap Sayot selepas gagal memperoleh tiket sejak kelmarin, sehingga menyebabkan beberapa insiden tercetus.
Ribuan mereka terpaksa basah kuyup berikutan hujan namun kebanyakan pulang hampa apabila 10,000 dijual habis dalam tempoh dua jam.

Walaupun dimaklumkan tiket sudah habis, namun ratusan penyokong tidak berganjak dari stadium berkenaan dengan harapan ada tiket untuk mereka menyaksikan perlawanan penting itu. 
RIBUAN penyokong Sarawak sanggup datang seawal jam 5 pagi bagi mendapatkan tiket perlawanan Piala Malaysia separuh akhir kedua di antara Sarawak menentang Pahang, hari ini.

Seorang penyokong Sarawak, Junaidi Hafis, 43, berkata dia datang dari Cheras, Kuala Lumpur, turut melahirkan rasa kecewa apabila tidak sempat mendapatkan tiket.

“Saya dan rakan sanggup mengambil cuti untuk datang ke sini (Kuching) semata-mata mahu menyaksikan perlawanan separuh akhir.

“Bagaimanapun, sebaik tiba seawal jam 7 pagi, kami sudah menjangka perkara itu apabila terdengar khabar angin mengatakan jualan tiket itu terhad,” katanya.

Bagi Dimitris Basias, 28, dari Gras, Itali, yang datang sejak semalam untuk menyaksikan perlawanan itu berkata, dia kecewa kerana tidak sempat membeli tiket.

“Selain melancong, saya sememangnya berhajat menyaksikan perlawanan itu secara langsung di sini. Namun, semangat berkobar itu hanya sia-sia kerana dalam sekelip mata, tiket sudah habis dijual.” katanya.

Tuesday, October 22, 2013

Perempuan Sabah Seksi Gaduh Dalam Semak

Jika semalam kami ada siarkan video tiga remaja perempuan bergaduh sampai salah seorangnya pengsan, hari ini sebuah lagi video perempuan bergaduh tersebar di laman sosial.
Video berdurasi 3:24 minit yang dipercayai dirakamkan di Penampang, Sabah ini menyaksikan dua gadis seksi bergomol dalam semak.
Memang ganas habis sampaikan salah seorang yang menjadi ‘lauk’ dalam rakaman ini terpaksa melaungkan ‘Allahukbar’ dan meminta tolong sekuat hati, barangkali kerana terlalu takut melihat kawan gaduhnya dah macam naik hantu.
Jika didengar pada perbualan mereka, punca kelahi dipercayai disebabkan oleh ‘mulut’ salah seorang daripadanya.
Apa yang kelakar setelah berjaya menumbangkan lawannya, gadis yang dikira pemenang dalam video ini baru sedar ada semut di telinga dan pahanya.
Tapi tak kiralah walau apa pun punca pergaduhan ini, kami tak fikir ini cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Apatah lagi bagi kaum hawa, sebab buruk benar bila menengoknya.
Kalaulah bakal bini macam ini perangainya, sah-sah kena pangkah awal-awal lagi!




Apabila orang asli tak reti guna lif di Hospital KL…

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, berlaku satu insiden yang agak melucukan tetapi cemas sebenarnya apabila seorang lelaki dikesan berada di luar tingkap  tandas di tingkat 3, Hospital Kuala Lumpur.
Yang sebenarnya dia bukan kerana hendak bunuh diri tetapi kerana tidak tahu bagaimana hendak turun ke tingkat bawah HKL dengan menggunakan lif.
Lelaki dari keturunan Asli itu berada di HKL kerana menemani isterinya yang hendak bersalin.
Sewaktu tiba, dia dan isterinya dibawa naik ke wad dengan menggunakan lif tetapi selepas isterinya dibawa masuk ke bilik bersalin, dia pun hendak pulang ke rumah.
Masalah besar terjadi kerana dia tidak tahu cara menggunakan lif untuk turun, akhirnya dia cuba hendak turun melalui tingkap.
Jika dikenang semula detik kejadian, suasana kelihatan agak cemas kerana lelaki berkenaan dilihat kurang memberi kerjasama kepada bomba, mungkin sebab terlalu cuak apatah lagi dia cuma memakai kain.
Tapi bila diceritakan semula sekarang, pasti inilah antara nostalgia manis untuk dikenang oleh anggota bomba yang terlibat menyelamatkan lelaki ini.
Harap-harap tiada orang asli yang terasa dengan siaran video ini memandangkan ia cuma rakaman lama dan umum pun tahu, masyarakat orang asli pada hari ini sudah jauh lebih maju.
Yang lebih penting, dia berjaya diselamatkan oleh abang-abang bomba kita yang ternyata bertindak profesional menangani insiden yang cukup mencemaskan itu. 


Gambar Menarik Neelofa Bercuti Di Maldives

Oh Maldives. Tempat yang sungguh indah. Mereka yang pernah melawatinya mengatakan keindahan Maldives seumpama syurga dunia. Bilakah masanya Admin akan menjejakkan kaki ke sana? Jeles pula melihat Neelofa bersantai dengan penuh ketenangan mendengar deruan ombak. Mesti seronok!!!

Tengok air laut yang kehijauan tue pun dah buat admin teruja. Rasa nak beli tiket terus terbang ke Maldives bersama keluarga tercinta. Suatu hari nanti pasti Admin akan tiba jua. Nak tiru gaya posing Neelofa nanti. Tengok siapa yang lebih cute. Hehehe


Semoga Neelofa menikmati percutiannya di Maldives. Enjoy puas-puas. Rilekskan badan. Tenangkan fikiran. Balik Malaysia nanti pastikan lebih ceria dan bertenaga. Lagi beberapa keping gambar Neelofa di Maldives dengan membaca artikel ini sepenuhnya.





Gambar Anak Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Akhirnya Dikongsikan



Walau bagaimana pun, nama anak Wawa Zainal dan Aeril Zafril masih belum didedahkan lagi.
Kita doakan semoga pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel bahagia hingga ke akhirat sana dan anak mereka menjadi anak yang soleh/solehah dan berguna kepada agama, ibu bapa dan negara! In Shaa Allah.
-

Kesan Tapak Kaki Dinosaur Pada Tebing Batu

 
Terletak 5 km dari pusat bandar Sucre, Bolivia terdapat Cal Orko, tebing besar gunung kapur sepanjang 1.5 km, setinggi 100 meter lebih dengan sudut cerun 72 darjah.

Dalam keping batu kapur tersebut pengunjung boleh melihat jejak kaki dinosaur yang pernah menguasai Bumi dari 68 juta tahun yang lalu. Pada Cal Orko anda akan mencari 462 jejak dinosaur yang berbeza dari 8 spesies yang berbeza, dengan jumlah 5.055 jejak kaki dinosaur.

Cal Orko terletak dalam lombong batu kapur milik FANCESA, Kilang Semen Nasional Bolivia, terletak di formasi 'El Molino. Di atas bukit terdapat Parque Cretácico, muzium dinosaur yang dibuka pada tahun 2006 yang mempunyai 24 replika dinosaur, pelbagai pameran, dan pemandangan jejak kaki dinosaur sepanjang 150 meter pada permukaan batu.

Jejak kaki di tebing batu itu terbentuk selama zaman Maastrichtian dari Tempoh Cretaceous di Era Mesozoic.


Seluar dalam isteri Peter Crouch jadi perhatian

Isteri striker Stoke City, Peter Crouch; Abbey Clancy, menjadi tumpuan di Majlis Penghargaan Attitude Magazine di London, Selasa 15 Oktober 2013. Mana tidaknya, Clancy nyaris menanggung malu kerana gaun yang dipakainya sendiri.

Gaun yang dikenakan Clancy di Malam Penghargaan Attitude Magazine memang sangat seksi. Gaun berwarna hitam itu memperlihatkan bahagian tepi payudara model 27 tahun tersebut dan tembus pandang di bagian seluar dalam.
Gaun yang dikenakan Clancy nyaris “blunder” ketika bergambar bersama Aljaz Skorjanec, rakan duet dansanya di program acara “Strictly Come Dancing”. Clancy nyaris juga memperlihatkan keseluruhan dadanya dari bahagian tepi ketika bergaya di hadapan media.
Clancy sering terlihat bersama Skorjanec belakangan ini. Keduanya merupakan rekan duet di acara “Strictly Come Dancing”. Bahkan, Clancy mengaku jarang bertemu suaminya, Crouch, yang lebih banyak menghabiskan waktu di Stoke.
Meski memiliki bentuk badan yang sempurna, Clancy mengaku jarang bersukan. Model yang berkahwin dengan Crouch pada 30 Jun 2011 itu tidak menyangka boleh terpilih mengikuti program “Strictly Come Dancing”, menurut sumber Pilihan anda.
“Saya tidak pernah berlatih ataupun ke gym. Saya kuat, tapi tidak punya stamina yang bagus. Itu sebabnya saya senang ikut acara ini, agar badan bisa fit dan merasa bagus,” ujar Clancy seperti dilansir Mirror.

Monday, October 21, 2013

Sabah, Sarawak Christians can use ‘Allah’ ???

KOTA KINABALU - Prime Minister Najib Tun Razak said the Appeals Court’s decision on the use of the word Allah does not affect Christians in Sabah and Sarawak.
Najib said the contents in the 10-Point Agreement decided by the federal cabinet on the matter would be maintained for the two states.
“…recently when the Appeals Court made its decision on the use of the word Allah, it did not at all touch on the practices of Christians in Sabah and Sarawak, in fact the 10-Point Agreement is still being maintained,” he said.
Najib, who is also Barisan Nasional (BN) chairman, said this when opening Parti Bersatu Sabah’s (PBS) 28th Delegates Conference in Penampang near here today.
On Oct 14, a three-man bench of the Appeals Court in Putrjaya in hearing an appeal by the government had ruled that the Catholic church in the country could not use the word Allah to refer to God in its weekly publication The Herald.
Also present were the Prime Minister’s wife Rosmah Mansor, Sabah Chief Minister Musa Aman and Sabah Deputy Chief Minister cum PBS president Joseph Pairin Kitingan.
Najib also reminded all communities that one of the pre-requisites for peace was to preserve the good relations between various races and followers of various religions in the country.
“To Sabahans, let there be no one who should feel oppressed as the practice of religions will remain as before.
“If we live in peace, we can foster and strengthen racial and religious harmony. We also want to see how we can bring more development to Sabah especially in the rural areas,” he said.
Rational considerations
He said before the 1Malaysia concept was introduced, Sabah had already practised such harmony with the uniqueness of various races and ethnic groups living in harmony, which reflected the 1Malaysia community concept.
In this regard, Najib said all parties should take care of each other’s religious sensitivities in line with the government’s desire to promote unity within the racial diversity of the country.
“…we need to manage everything relating to ethnic and religious relations with the mutual understanding of each other’s sensitivities.
“If we can take care of the two major groups (Muslims and non-Muslims) in the country, the secret to harmony for followers of religions will not be difficult to achieve… it is not rocket science, it is based on rational considerations.
“The consideration is simple, Muslims should not hurt the feelings of non-Muslims and non-Muslims should not hurt the feelings of Muslims. It is as simple as that,” he said, as reported in FMT
According to Najib, if everybody held to this principle, the country will be in peace and harmony as seen in the unity of Sabahans including PBS members today.

Hina Sultan Johor Juruukur Didenda

JOHOR BAHRU – Seorang juruukur bahan di sebuah syarikat pembinaan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah menulis komen menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook pada Oktober tahun lepas.
Hakim Muhammad Jamil Hussin turut memerintahkan tertuduh, Ahmad Abd. Jalil, 28, yang berasal dari Klang, Selangor, dipenjara enam bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan.
Dia didakwa membuat komen yang jelik dengan niat menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371 menggunakan nama profil ‘Zul Yahya’.
Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di RD Resources Sdn. Bhd., 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, Kuala Lumpur, pukul 6 petang pada 10 Oktober 2012, menurut sumber Kosmo.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit

Ciuman Gadis Selamat Nyawa Lelaki

CHINA – Hanya dengan satu ciuman, seorang remaja, Liu Wenxiu berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada membunuh diri. Remaja tersebut kini menjadi popular di negaranya kerana berjaya meyakinkan seorang lelaki yang tidak dikenalinya, agar menyayangi diri sendiri dan tidak melakukan perbuatan bodoh.
Kejadian tersebut berlaku pada bulan lepas, namun kisah mengenainya terus diperkatakan
Ketika kejadian, Liu Wenxiu berada di sebuah pusat beli belah di Shenzhen, apabila dia kemudiannya melihat orang ramai mengerumuni seorang lelaki yang ketika itu cuba memanjat pengadang di tingkat paling atas bangunan itu.
“Saya mahu membantu lelaki itu namun polis tidak membenarkannya. Saya kemudian menipu polis bahawa dia adalah teman lelaki saya yang mahu membunuh diri kerana saya.
“Mereka kemudiannya membenarkan saya bercakap dengan lelaki itu dan dia memberitahu bahawa dia sangat sedih kerana keluarganya berpecah belah,’’ katanya.
Apabila mendengar cerita lelaki itu, Liu Wenxiu menjadi sedih kerana dia juga berasal daripada keluarga yang berpecah belah, menurut sumber Mynewshub.
Dia kemudiannya mengejutkan orang ramai apabila mencium lelaki itu di bahagian bibir, hingga lelaki itu leka dan di saat berkenaan, polis dengan segera menarik lelaki tersebut.

Cukuplah Al-Quran Dan Cincin Sahaja - Diana Amir

Alhamdulillah. Sikap Diana Amir sebegini seharusnya dicontohi oleh para wanita yang ingin berkahwin kelak. Bukan ingin memuji lebih-lebih, namun sangat jarang untuk menemui wanita yang hanya mahukan senaskhah Al-Quran dan cincin pernikahan sahaja sebagai barang hantaran perkahwinan. Kagum  dengan Diana Amir.

Diana Amir dan tunangnya, Habib bakal menamatkan zaman bujang masing-masing pada hari Jumaat ini. Majlis pernikahan akan dilakukan secara sederhana sahaja. Kata Diana Amir:-
   Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami…. dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami

Di kala keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini, langkah Diana Amir yang tidak membebankan bakal suaminya sememangnya satu sikap yang terpuji. Perkahwinan bukan kena berhabis ketika majlis sahaja. Tempoh yang harus ditempuhi selepas pernikahan itu lebih penting. Apa pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Diana Amir dan Habib pada hari Jumaat ini.

Pasangan Bahagia, Farid Kamil Dan Diana Danielle

Sebenarnya agak tidak sabar untuk melihat majlis akikah yang akan turut sama memperkenalkan anak sulung mereka. Majlis yang akan ditayangkan oleh Astro ini sehingga ke hari ini masih belum diketahui tarikhnya. Mungkin Farid dan Diana masih dalam proses merancang dan memilih waktu yang terbaik.  Pasti ramai peminat yang tidak sabar untuk melihat kecomelan anak mereka.
Kalau tak silap, Farid Kamil dan Diana Danielle telah memilih perisa Fruit and Nut untuk promosi coklat Cadbury kali ini. Kalau anda peminat mereka, bolehlah mengundi untuk memastikan kemenangan berpihak kepada pasangan ini. Undian boleh dilakukan di laman Facebook Cadbury Malaysia. Beberapa keping lagi gambar romantis Farid dan Diana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
 

Sunday, October 20, 2013

‘Terus tuntut tanah Sabah’ waris KIRAM

Manila: Lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu dan mengarahkan pengikutnya melancarkan perang di Sabah, Jamalul Kiram III, meninggal dunia di pangkuan isterinya, semalam.
Bagaimanapun dia dilaporkan sempat berpesan supaya keluarganya meneruskan tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian daripada wilayah “kesultanan” mereka.

Menurut isteri Jamalul, Fatima Kiram, lelaki terbabit mahu “perjuangan yang sudah dimulakan” itu diteruskan “demi kebaikan rakyat” mereka. Bagaimanapun, Fatima berkata, pesanan itu tidak bermakna mereka akan meneruskan tuntutan itu melalui keganasan.
“Pihak kami sudah bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia,” katanya. Jamalul, 75, mengarahkan pengikutnya yang lengkap bersenjata menceroboh wilayah Malaysia pada awal tahun ini.

Pada masa sama dia mengalami masalah kesihatan dan menjalani rawatan dialisis dua kali seminggu kerana masalah buah pinggang.

Dia disahkan meninggal dunia akibat kegagalan organ dalaman semalam. Fatima berkata Jamalul menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya.

Enam hari 'ajaib'

Ipoh: Selepas enam hari bertarung nyawa susulan peluru pistol masih tertanam di dalam kerongkong, seorang kanak-kanak lelaki, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, akhirnya selamat menjalani pembedahan, semalam.
Kanak-kanak itu yang disifatkan sebagai amat bernasib baik menjalani pembedahan dilakukan sekumpulan enam doktor pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, bagi mengeluarkan sebutir peluru pistol model P99 Walther. Pembedahan lebih dua jam bagi mengeluarkan peluru tersangkut pada kerongkong Mohd Amar itu turut dibantu pakar dari Sarawak dan Pulau Pinang.

Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, dia bersyukur dan berterima kasih dengan sokongan serta usaha keras kumpulan doktor terbabit yang bertungkus-lumus sejak Selasa lalu bagi menyelamatkan nyawa anaknya.
“Saya amat bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada doktor, petugas di wad 6D (Unit Rawatan Rapi Patalogi) dan semua pihak yang tidak jemu mendoakan serta memberi semangat kepada anak lelaki saya.

“Saya hanya mampu menitiskan air mata sebaik dimaklumkan doktor berhubung kejayaan pembedahan.

“Peluru pistol automatik itu berjaya dikeluarkan dari tersangkut di bahagian kerongkong anak saya,” katanya ketika di HRPB, di sini, semalam.
Menurutnya, tempoh pembedahan itu saat paling getir kerana membuatkan dia sekeluarga tidak senang duduk.

“Amar mula dibawa masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 8 pagi tadi (semalam). Doktor memberitahu pembedahan itu selamat dilakukan dua jam setengah kemudian.
“Mohd Amar dipindahkan semula ke wad 6D jam 1.45 petang tadi (semalam). Keadaannya kini stabil dan sudah mampu bercakap serta memanggil ibunya meminta air,” katanya, Azizi berkata, dia yakin anaknya itu seorang yang kuat dan mampu kembali sihat dalam tempoh pantas.

Sementara itu, sumber berkata, enam doktor pakar daripada pelbagai bahagian memulakan pembedahan mengeluarkan peluru itu bermula jam 10 pagi, semalam.

“Pembedahan itu mengambil masa kira-kira dua jam untuk diselesaikan. Kanak-kanak itu kini mengalami kesan bius dan masih dalam jagaan rapi.

“Bagaimanapun, Mohd Amar dilaporkan stabil dan pembedahan itu dilakukan secara kaedah teropong sambil menggunakan beberapa peralatan lain,” katanya.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, Isnin lalu, mangsa terkena tembakan peluru sesat dilepaskan seorang anggota polis di Kampung Belanja Kiri, Parit.

Insiden berlaku apabila anggota polis berpangkat sarjan yang mengosongkan pistol di tangga rumah mentuanya secara tidak sengaja tertekan picu menyebabkan peluru terkena Mohd Amar yang ketika itu sedang berjalan di jalan kampung kira-kira 40 meter dari tempat anggota polis terbabit.

Izara Aishah bikin panas

Rasanya ramai terhibur menonton aksi comel Izara Aishah, Aeril Zafril dan Fasha Sandha dalam telefilem Cinta Mat Semperit yang ke udara di TV3 pada malam raya lalu. Bagaimanapun, di sebalik kisah ‘comel’ itu, ada perkhabaran kurang indah sampai ke telinga kita semua.
Khabarnya, ketika penggambaran, ada yang naik angin apabila Izara Aishah beberapa kali datang lambat ke lokasi. Dengarnya, kelewatan itu mengganggu kelancaran jadual penggambaran, malah ada artis terpaksa menunggu lama.

Kalau lambat sejam mungkin boleh dimaafkan, tetapi ini katanya dua hingga tiga jam. Siapa tak naik hantu apabila terpaksa menunggu kemunculan pelakon cantik itu.

Kalau Izara maklumkan awal dia tidak dapat hadir awal, mungkin tidak jadi isu, tetapi apabila dia hanya bersikap selamba apabila sampai ke lokasi seolah-olah tidak buat sebarang kesilapan, itu yang bikin hati orang panas.

Apapun, kita hanya mendengar dari sebelah pihak. Mungkin Izara ada alasan sendiri mengapa beberapa kali datang lambat sepanjang penggambaran berlangsung.

Manalah tahu dia terikat dengan penggambaran lain dan terpaksa berkejar-kejar dari dua lokasi atau mungkin dia tidak sihat.

Apa punca sebenarnya, hanya Izara ada jawapannya.

Pilih ikut jalan sendiri

Pembabitan adik-beradik di pentas lakonan bukan perkara baru dalam dunia hiburan tanah air. Generasi demi generasi, kemunculan pelakon adik-beradik ternyata menjadi dan memberikan impak tersendiri.
Nama-nama seperti seniwati Allahyarham Saloma dan Mariani, Erma Fatima dan Umie Aida, Fauziah dan Fazlina Ahmad Daud, Emma, Chacha dan Yaya Maembong serta Nelydia dan Uqasha Senrose serta ramai lagi sudah sebati dengan arena hiburan tempatan.
Kini, tiba pula giliran Syatilla dan Syifa Melvin mengintai ruang untuk menyinar dalam arena hiburan.

Walaupun masih baru, dua gadis berdarah kacukan Jepun dan Melayu ini percaya mereka mampu bersaing secara sihat dengan pelakon-pelakon sedia ada.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 22, berkata, sebagai pendatang baru dia hanya mampu memanjatkan kesyukuran atas rezeki dimiliki setakat ini.

“Alhamdulillah, rezeki saya murah dan tidak putus daripada satu tawaran beralih kepada satu tawaran lain secara konsisten.

“Untuk orang baru yang tidak sampai dua tahun bertapak, saya amat bertuah dan bersyukur atas peluang dan perhatian para penggiat pada bakat saya,” katanya ketika sesi fotografi bersama RAP, baru-baru ini.

Malah, bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2010 dan kakak kepada Syifa ini berkata, jadual seninya sudah padat sehingga Januari tahun depan biarpun namanya belum gah seperti pelakon-pelakon baru lain.

“Mungkin sudah rezeki untuk saya. Kalau ikutkan nama dan populariti saya tidak besar mana pun. Malah saya masih bertatih dan belum dikenali ramai.

“Tapi syukur kerja saya mendapat kepercayaan ramai penerbit sehingga menarik minat mereka mencuba saya. Setakat ini saya sudah berlakon di pelbagai saluran televisyen,” katanya yang kini menjalani penggambaran drama bersiri 15 episod berjudul Istidraj Cinta arahan Murali Abdullah.

Beralih topik menyusuri sisi peribadi Syatilla, anak kedua dalam keluarga ini mengakui dirinya lebih selesa dengan kehidupan solo dilalui sekarang.

Tanpa perlu dikaitkan lagi dengan aktor Shaheizy Sam yang didakwa pernah ‘singgah’ sebelum ini, Syatila berkata, status semasa membuatkan dia lebih bebas.

“Saya selesa dengan keadaan sekarang (solo) sebab lebih bebas buat apa saja. Tak payah lagi nak runsing mengenai perkara (hubungan) yang membebankan fikiran.

“Saya penat dan tertekan bercakap benda yang sama berulang kali sebelum ini. Bila solo begini, lebih mudah untuk fokus sepenuhnya pada kerja,” kata­nya.

Sambungnya, dia juga enggan memikirkan soal teman istimewa lagi kerana memulakan sesuatu hubungan baru bukan perkara mudah, biar ramai mencuba nasib.

“Tipulah kalau saya kata tidak ada (lelaki) yang cuba rapat, tapi belum ada yang betul-betul menepati kriteria.

“Bukan apa, saya jenis yang susah untuk buka hati menerima orang baru semudah itu. Kena ambil masa dan pertimbangan mendalam.

“Lagi pun, buat apalah saya hendak runsingkan soal kekasih sebab masih terlalu muda. Kerjaya lebih penting dan perlu diutamakan sekarang,” katanya.
 Enggan tumpang nama kakak

Jika Syatilla makin deras mengorak langkah ke depan, adiknya Syifa Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 19, pula mencongak nasib untuk menyusul di belakang.

Pelajar semester empat Diploma Komunikasi Massa di Segi University College ini berkata, dia masih mencari peluang untuk membuktikan bakat terpendam dalam cabang ini.

“Banyak juga sebenarnya saya hadiri uji bakat lakonan, tapi masih belum ada rezeki. Saya berminat dengan lakonan dan mahu cabar kemampuan diri.

“Kalaulah dapat peluang (lakonan), memang saya nak sangat cuba nasib. Buat masa ini, saya belajar dan aktif memenuhi tawaran peragaan kecil-kecilan dan gadis litar saja,” katanya.

Bagaimanapun, anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, dia enggan mengambil jalan mudah menggunakan nama si kakak untuk membeli kepercayaan industri hiburan.

“Ramai orang cakap kakak sudah naik (nama) senanglah adik pun boleh ikut sekali, tapi itu bukan cara saya. Saya lebih suka berdikari.

“Saya mahu orang nampak saya atas kemampuan sendiri. Biar susah atau rumit pun jalannya, biar ikhtiar dulu bukan ambil jalan mudah,” katanya.

Katanya, atas prinsip itu juga dia berusaha menyertai program pencarian Gadis Muka 2 (GM2) terbitan I Like Entertainment Sdn Bhd beberapa bulan lalu bagi mengukuhkan profil diri.

“Saya menyertai GM2 sebab mahu orang kenal potensi dan bakat. Orang boleh cakap apa saja, tapi saya hargai jika orang bagi peluang uji kemampuan saya dulu.

“Terus-terang saya tak nak langsung dibandingkan dengan kakak. Dari dulu saya tak suka perbandingan apatah lagi untuk orang cakap saya masuk industri sebab tumpang kakak.

“Kakak ada jalannya sendiri dan saya juga mahu menapak dengan cara sendiri walau susah mana sekali pun,” katanya.

Ketika segelintir pihak melihat pertalian darah itu sebagai tiket ekspres membina nama, Syifa pula memilih untuk mencari jalan sendiri.

“Kalau nak jalan pintas untuk popular atau peluang lakonan memang sudah ada tapi untuk apa bergantung harap begitu.

“Saya tak nafikan ia satu kelebihan, tapi bukan pilihan bagi saya. Pencapaian akan jadi lebih manis nanti dengan kerja keras sendiri,” katanya yang berhasrat aktif berlakon mulai tahun depan.
Enggan tumpang nama kakak

Jika Syatilla makin deras mengorak langkah ke depan, adiknya Syifa Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 19, pula mencongak nasib untuk menyusul di belakang.

Pelajar semester empat Diploma Komunikasi Massa di Segi University College ini berkata, dia masih mencari peluang untuk membuktikan bakat terpendam dalam cabang ini.

“Banyak juga sebenarnya saya hadiri uji bakat lakonan, tapi masih belum ada rezeki. Saya berminat dengan lakonan dan mahu cabar kemampuan diri.

“Kalaulah dapat peluang (lakonan), memang saya nak sangat cuba nasib. Buat masa ini, saya belajar dan aktif memenuhi tawaran peragaan kecil-kecilan dan gadis litar saja,” katanya.

Bagaimanapun, anak ketiga daripada lima beradik ini berkata, dia enggan mengambil jalan mudah menggunakan nama si kakak untuk membeli kepercayaan industri hiburan.

“Ramai orang cakap kakak sudah naik (nama) senanglah adik pun boleh ikut sekali, tapi itu bukan cara saya. Saya lebih suka berdikari.

“Saya mahu orang nampak saya atas kemampuan sendiri. Biar susah atau rumit pun jalannya, biar ikhtiar dulu bukan ambil jalan mudah,” katanya.

Katanya, atas prinsip itu juga dia berusaha menyertai program pencarian Gadis Muka 2 (GM2) terbitan I Like Entertainment Sdn Bhd beberapa bulan lalu bagi mengukuhkan profil diri.

“Saya menyertai GM2 sebab mahu orang kenal potensi dan bakat. Orang boleh cakap apa saja, tapi saya hargai jika orang bagi peluang uji kemampuan saya dulu.

“Terus-terang saya tak nak langsung dibandingkan dengan kakak. Dari dulu saya tak suka perbandingan apatah lagi untuk orang cakap saya masuk industri sebab tumpang kakak.

“Kakak ada jalannya sendiri dan saya juga mahu menapak dengan cara sendiri walau susah mana sekali pun,” katanya.

Ketika segelintir pihak melihat pertalian darah itu sebagai tiket ekspres membina nama, Syifa pula memilih untuk mencari jalan sendiri.

“Kalau nak jalan pintas untuk popular atau peluang lakonan memang sudah ada tapi untuk apa bergantung harap begitu.

“Saya tak nafikan ia satu kelebihan, tapi bukan pilihan bagi saya. Pencapaian akan jadi lebih manis nanti dengan kerja keras sendiri,” katanya yang berhasrat aktif berlakon mulai tahun depan.

GAMBAR BOGEL MODEL SINGAPURA TERSEBAR LUAS DI INTERNET!

Wowww!! Lebih kurang 50 keping gambar bogel dan erotik pelbagai aksi yang dipercayai milik pemenang pencarian model majalah lelaki FHM Singapura, Jamie Ang telah tersebar secara meluas di Internet.
Kebanyakan gambar bogelnya itu dilaporkan sudah tersebar sejak April lalu melalui khidmat pesanan mesej peribadi di laman-laman forum online.


Menurut laman forum tersebut, gambar-gambar sensasi itu telah diperoleh menerusi sebuah forum lucah tempatan.

Sesetengah gambar itu memaparkan aksi Ang yang diambil gambarnya menerusi telefon pintar dan sesetengahnya lagi diambil oleh jurugambar profesional di mana kredit namanya terdapat di sudut gambar tersebut.

Menurut jurucakap FHM Singapura, gambar-gambar tidak sopan Ang itu diambil sejajar dengan penglibatannya dalam pertandingan pencarian model majalah tersebut.

Apa yang menariknya menerusi laman web Ang sendiri, dia pernah menyatakan tidak akan sesekali menerima sebarang tawaran melakukan ‘photoshoot’ secara berbogel dan tidak berpakaian.
 

[Wow] Artis Lama Melayu Bergambar Pegang "Nenen"~?! Seksi Tak Kira Umur...

Wowwww!!! Inilah artis kita Azizah Mahzan dan Zaefrul Nordin. Mereka nih dah boleh dikatakan orang lama dalam Industri Hiburan Tanah Air Malaysia. Orang lama tapi masih seksi, mengancam dan menawan.  Jika kita melihat gambar diatas nih, seolah-olah "nenen" digenggam jeeee.....Kamera Trick kot..

Admin tak nak banyak cakap, Anda nilai sendiri melalui gambar-gambar di bawah..
 
 

Bahaya hidangan separuh masak

Beberapa minggu lalu, kita digemparkan dengan berita kematian empat individu akibat keracunan makanan disebabkan bakteria Salmonella yang terkandung dalam ayam masak merah.
Berita itu sekali gus mendapat perhatian masyarakat apabila bakteria Salmonella itu disahkan terkandung dalam ayam yang tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri.
Memetik kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat menjelaskan, ayam berkenaan tercemar dan mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.

Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Wendy Lim Wan Dee berkata, bakteria Salmonella bukan hanya terdapat pada haiwan saja malah buah-buahan, sayuran, daging, telur selain produk tenusu.

“Salmonella adalah sejenis kuman yang boleh hidup dalam keadaan persekitaran dengan oksigen atau tanpa oksigen. Ia ada di seluruh dunia dan hidup dalam haiwan termasuk manusia.

“Terdapat beberapa jenis bakteria Salmonella. Selain jangkitan biasa, ia juga boleh menyebabkan demam kepialu jika jenis kuman berkenaan ialah Salmonella Typhi,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu baru-baru ini.

Bakteria Salmonella ditemui seorang genius Pakar Patologi Veterinar Amerika Syarikat, Daniel Elmer Salmon. Walaupun Theobald Smith adalah individu sebenar yang menemui bakteria itu jenis (Salmonella Enterica Var Choleraesuis ) pada 1885, Dr Salmon adalah pentadbir program penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan kerana itu bakteria dinamakan sempena nama beliau oleh Smith.

Mengikut panduan asas penyimpanan makanan Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan, orang ramai digalakkan menyimpan ikan atau daging mentah dalam ruang bekas ikan atau daging pada suhu dua darjah Celsius atau kurang.

Ini kerana ikan dan daging mengandungi kandungan protein dan kelembapan tinggi dan mudah dicemar bakteria. Disarankan ikan dan daging disimpan dalam bekas plastik yang kedap udara bagi mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada makanan lain.

Menurutnya, Salmonella boleh menjangkiti manusia apabila individu memakan haiwan yang tercemar dengan kuman ini. Selain itu ia juga boleh merebak kepada haiwan ke haiwan yang lain.

“Lazimnya masakan yang dimasak mentah ataupun tidak dimasak sempurna menyebabkan kuman itu membiak dengan cepat seterusnya boleh mendatangkan bahaya jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.

“Antaranya demam, cirit-birit, sakit perut, muntah, loya dan sakit kepala. Jika pesakit mengalami keadaan lebih teruk, segera bawa berjumpa doktor,” katanya.

Dr Wendy turut memberitahu, keadaan akan lebih teruk jika bakteria itu sudah merebak ke bahagian organ dalaman seperti hati, paru-paru, buah pinggang dan lain-lain.

“Komplikasi biasanya berlaku apabila terlalu banyak rembesan toksin dikeluarkan di dalam usus. Toksin ini menyerap ke dalam saluran darah dan dibawa ke anggota badan seterusnya merosakkan organ berkenaan,” katanya.

Selain itu, kuman yang berada dalam darah akan menyebabkan berlakunya sepsis seterusnya mengakibatkan tekanan darah terlalu rendah dan menyebabkan berlaku kematian.

“Bakteria ini mengambil masa enam hingga 72 jam untuk memasuki sistem penghadaman manusia. Biasanya bermula dengan muntah, cirit-birit, sakit perut dan ada kala demam panas.

“Bagi mengelakkan kejadian ini orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama dalam memilih produk makanan selain menjaga kebersihan. Elakkan memakan makanan yang mentah.

“Jika makanan yang dihidangkan kelihatan kurang masak, rasanya masam atau berlainan, buang makanan itu kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella. Pesakit yang menghidap cirit-birit, hendaklah selalu membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri supaya tidak menjangkiti individu lain,” katanya.

Jelasnya lagi, semua individu berisiko dijangkiti Salmonella. Semakin berumur seseorang itu semakin tinggi risiko dijangkiti bakteria ini disebabkan sistem imunisasi yang rendah.

“Individu pada usia ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Selain warga tua, kanak-kanak juga antara yang berisiko disebabkan sistem ketahanan mereka juga rendah.

“Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka terhadap makanan atau barang mentah yang dibeli bagi mengelak gejala Salmonella. Paling utama, aspek kebersihan yang perlu dititikberatkan,” katanya.


Keracunan makanan oleh bakteria Salmonella

Agen penyebab


  • Usus manusia dan haiwan (terutama usus ayam).

  • Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat).

  • Haiwan liar.



Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini

  • Daging unggas dan yang berasaskan unggas.

  • Telur dan hasil telur.

  • Susu dan hasil tenusu

  • Hasil tenusu (keju, krim, kastard).



Cara merebak

  • Makanan tercemar sama ada sewaktu penyimpanan atau ketika penyediaan.

  • Pengendali makanan yang dicemari oleh haiwan (tangan ke mulut).



Tanda-tanda

  • Demam.

  • Cirit-birit.

  • Sakit perut.

  • Muntah.

  • Loya.

  • Sakit kepala.



Tempoh jangkitan

  • Antara enam jam ke 72 jam (biasa 12 - 36 jam).



Cara pencegahan

  • Masak daging, unggas dan telur dengan sempurna.

  • Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separuh masak.

  • Gunakan peralatan yang berbeza (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak.

  • Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas berbeza.

Saturday, October 19, 2013

Lamborghini VENENO!!! peh smart gila!!!!


Sultan Sulu Jamalul Kiram III meninggal dunia

“Sultan” Sulu Jamalul Kiram III yang mendalangi pencerobohan pengganas di Lahad Datu awal tahun ini, meninggal dunia awal pagi tadi, menurut anak perempuannya.
Jacel Kiram-Hassan memberitahu sebuah stesen radio Filipina bahawa bapanya mati setelah menghidapi  sakit buah pinggang sekian lama. Menurut beliau Jamalul meninggal dunia  pada kira-kira pukul empat pagi di sebuah hospital.

“Terima kasih di atas doa dan sokongan anda,” kata Jacel dalam laman Facebooknya.
Kiram, 75 tahun, dilaporkan menjalani rawatan di Pusat Jantung Filipina sejak Khamis lalu. Jenazahnya akan dibawa Jolo, Sulu untuk pengkebumian.
Beliau mempunyai sembilan anak termasuk Jacel yang kerap menjadi jurucakap ayahnya ketika krisis Lahad Datu tercetus.
Malah Jacel membayangkan bahawa perjuangan ayahnya menuntut Sabah akan diteruskan.
“Perjuangan ayah saya ditinggalkan untuk kami sebagai anak-anaknya untuk diteruskan. Beliau seorang yang baik, seorang insan agong yang mahukan Sabah dikembali kepada rakyat Filipina. Kami akan meneruskan perjuangan itu,” Jacel memberitahu radio DZIQ.
Pada Mac lalu, kira-kira 200 penyokong bersenjata Kiram menceroboh Kampong Tanduo di Lahad Datu dalam cubaan untuk merampas Sabah daripada Malaysia.
Kumpulan bersenjata itu yang diketuai oleh adik Kiram, Agbimuddin,  enggan menyerah diri, sekali gus memaksa tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan udara dan darat.
Enam puluh lapan orang terkorban dalam pertempuran termasuk sembilan prajurit dan anggota polis serta enam orang awam, menurut sumber Antara pos.
Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, namun negeri yang kaya dengan sumber asli itu dituntut oleh Manila dan Kesultanan Sulu. Tuntutan itu kerap diungkit oleh media Filipina apabila melaporkan mengenai hubungan Kuala Lumpur dan Manila.

Zizan, Emma dah sah? sah ape tu?

Wow... perkhabaran terbaru ini buat kita tersengih. Bukan apa, kalau benar bagai dikhabar, sebagai pemerhati industri hiburan.
Selepas sekian lama berdolak-dalih setiap kali ditanya apakah hubungan sebenar mereka, Zizan Razak dan Emma Maembong akhirnya dilihat keluar menonton wayang berdua.

Kejadian itu berlaku baru-baru ini di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota. Kedua-duanya nampak sangat mesra, persis pasangan kekasih.

Cerita ini bukan rekaan sebab ramai saksi, malah mereka membalas sapaan peminat. Yelah, peminat mana yang tak teruja jumpa Zizan dan si cantik manis, Emma Maembong?

Cerita ini saya dapat tahu daripada sumber yang terserempak dengan pasangan ini. Katanya, Zizan dan Emma tidak kekok walaupun banyak mata memerhati mereka, sebaliknya kedua-duanya tenang dan bersikap selamba.

Kalau tak salah saya, kalau keluar di tempat awam biasanya mereka tidak berdua, sebaliknya ditemani ramai orang.

Adakah ini bermakna Zizan dan Emma bersedia mendedahkan hubungan mereka?

Atau mungkin mereka mahu biarkan persoalan apakah hubungan sebenar mereka terus tergantung begitu saja? Kita lihat apa jawapan Zizan dan Emma.

Friday, October 18, 2013

GAMBAR TERBARU NEELOFA YANG SEKSI! sehingga menampakkan seluar dalam..

ish ish ish :(

Yus Jambu Bakal Berkahwin Hujung Tahun 2014

Untunglah bakal isteri Yus Jambu. Pasti kehidupannya akan dipenuhi gelak tawa dan keceriaan. Dari dulu lagi memang suka dengan lawak si Yus ini. Simple tapi memang berjaya menggeletek hati. Jutaan tahniah  diucapkan kepada Yus kerana bakal bergelar suami hujung tahun 2014.
Untuk makluman, Yus Jambu kini sudah pun berusia 37 tahun. Memang dah molek sangatlah tue untuk berkahwin. Bakal isterinya adalah seorang setiausaha dan peragawati separuh masa. Kata Yus 
Insya-Allah saya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun depan kerana ingin memberi peluang kepada bakal isteri untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah sarjana.
Dia merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat dan berasal dari Taiping, Perak. Mungkin sudah tiba masanya saya untuk berkahwin dan telah jumpa orang yang sesuai. Dia juga faham kerja saya dan mampu menjaga saya kelak sebagai seorang isteri kepada saya.
Saya tertarik kepadanya bukan kerana paras rupa, sebaliknya saya tertarik kerana keperibadiannya yang sesuai dengan diri saya sendiri. Apa yang penting, pada umur saya yang sudah mencecah 37 tahun ini, kefahaman dalam perhubungan adalah sangat penting bagi saya.
 
Baguslah macam itu. Rupa paras memang bukan segalanya. Nanti dah berumur, berkedut juga muka. Semoga segala perancangan Yus dan bakal isterinya akan berjalan seperti yang dirancang. Sama-samalah kita doakan. Tahniah sekali lagi buat mereka berdua.

Thursday, October 17, 2013

Shahir AF8 Cuba Muncul Dengan Novel?

Sejak muncul kembali dari persembunyian baru-baru ini, khabarnya ramai penerbit drama yang mula mengintai Shahir dan menawarkannya peluang untuk berlakon semula.
Jika melihat kepada lakonan Shahir dalam filem Karak dan telefilem Cerciter Citer pada tahun 2011, OHBULAN! berpendapat juara Akademi Fantasia musim kelapan ini sebenarnya mempunyai bakat terpendam.

Mungkin disebabkan itu jugalah, sebuah syarikat produksi dikenali sebagai Zeel Production telah membuat keputusan untuk mengambil Shahir berlakon di samping Izreen Azminda dalam drama terbaru mereka.
Drama adaptasi novel yang berjudul Yes, Boss! itu difahamkan akan menemui penonton pada Januari 2014 untuk siaran TV3.
Berita ini telah dikongsikan oleh pihak produksi sendiri menerusi Twitter beberapa hari lalu. Dan melalui promosi yang dijalankan, dapat dilihat Shahir bakal memegang watak utama di dalam drama berkenaan.
Tak mustahil Yes, Boss! akan membuatkan ramai penonton jatuh cinta dengan watak yang dibawakan Shahir sekaligus melonjakkan namanya semula di dalam industri hiburan. Almaklumlah, karya adaptasi novel kini sudah semakin mendapat tempat di hati penonton.